1. Kebenaran Guru hendaklah diperolehi sebelum memasuki Makmal Sains dan Bilik Persediaan.
2. Peralatan dan bahan sains dalam makmal sains tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran guru sains.
3. Peralatan dan bahan sains hanya boleh digunakan atas arahan guru.
4. Semua peralatan dan bahan sains yang telah digunakan hendaklah dikembalikan ke tempat asal atau seperti yang diarahkan oleh guru.
5. Semua radas hendaklah dibersihkan sebelum dan selepas digunakan.
6. Kerja amali hanya boleh dilakukan dengan pengetahuan dan kebenaran guru.
7. Peralatan yang pecah atau rosak perlu dilaporkan dengan segera kepada guru dan Pembantu Makmal.
8. Pelajar dikehendaki menjaga kebersihan dan susunan perabot supaya kemas dan teratur.
9. Sebarang kemalangan yan berlaku perlu dilaporkan dengan segera kepada guru dan Pembantu Makmal.
10. Penunu Bunsen hendaklah dinyalakan hanya dengan pemetik api. Penggunaan kertas,lidi dan
mancis tidak dibenarkan.
11. Sebarang benda yang masih menyala dan berbara tidak boleh dibuang ke dalam tong sampah.
12. Elakkan membuang sebarang sampah dalam bentuk pepejal ke dalam sinki. Sisa-sisa bahan sains hendaklah dibuang ke dalam bekas yang berlabel sisa bahan.
13. Hanya buku dan peralatan belajar yang dibenarkan sahaja boleh dibawa masuk ke dalam makmal sains semasa pengajaran dan pembelajaran sains.
14. Bahan dan alat dalam Kit Peralatan Kecemasan boleh digunakan dengan kebenaran dan pengawasan guru dan Pembantu Makmal.
15. Pelajar dilarang bermain-main di dalam makmal sains.
PENGGUNAAN BAHAN KIMIA
1. Sila baca pada botol reagen dengan teliti untuk memastikan bahan kimia yang akan digunakan itu adalah betul.
2. Gunakan Bahan Kimia mengikut keperluan sahaja semasa menjalankan amali
3. Gunakan spatula sahaja untuk mengambil bahan kimia pepejal.
4. Botol yang mengandungi bahan kimia mesti ditutup dengan segera selepas digunakan.
5. Dilarang menghidu dan merasa sebarang bahan kimia kerana bahan kimia adalah beracun dan mengkakis.
PENGGUNAAN BAHAN BIOLOGI
1. Spesimen biologi jenis bukan perosak yang masih hidup hendaklah dikembalikan semula ke habitatnya.
2. Spesimen yang sudah dibedah hendaklah dikumpul dan ditanam.
3. Jangan buka piring petri yang mengandungi kultur mikroorganisma.
4. Jika piring petri mengandungi mikro organism retak atau pecah, ianya hendaklah dilaporkan kepada guru terbabit.