aaaa

bbbb

hi...

testing...

PERANAN DAN TUGAS STAF MAKMAL


TUGAS HARIAN           
  1. Membuka pintu makmal dan pintu bilik persediaan makmal sains sebelum waktu sesi pembelajaran bermula dan mengunci pintu makmal apabila sesi pembelajaran makmal berakhir.
  2. Memastikan kerja-kerja pembersihan makmal sains agar sentiasa dalam keadaan bersih. 
  3. Memastikan makmal dalam keadaan ceria dan selamat.
  4. Menyediakan alat, radas dan bahan sains seperti yang dipesan oleh guru sains dalam buku penyediaan alat/radas atau borang pesanan.
  5. Memastikan semua peralatan dan bahan sains berfungsi sebelum kerja amali dijalankan.
  6. Memelihara dan menjaga tumbuhan dan haiwan yang diperlukan untuk kerja amali.
  7. Melaksanakan semua langkah keselamatan dalam mengendalikan peralatan dan bahan sains.
  8. Mengambil tindakan yang sewajarnya jika berlaku sebarang kecemasan seperti kebakaran dan kecederaan.
  9. Membersih dan menyimpan peralatan dan bahan sains ke tempat asal yang  telah ditetapkan setelah selesai   kerja amali.
  10. Membersih meja makmal, sinki dan menutup paip gas, air, kipas dan lampu setelah selesai setiap kerja amali.
  11. Memeriksa dan menyelenggara kemudahan makmal sains termasuk perabot, bekalan elektrik, air dan gas.
  12. Membantu guru sains, mengawas dan membantu murid mendapatkan peralatan danbahan sains semasa amali.
  13. Memastikan tindakan berikut diambil selepas kerja amali yang terakhir pada setiap hari :                                                                                                                                  i. membersih bekas dan sisa bahan sains yang telah digunakan .                                i i. menutup bekalan gas, air dan elektrik .                                                                          iii.  menutup tingkap, mengunci pintu bilik persediaan dan pintu  makmal                                                                                                                                                            i v. menyimpan kunci bilik makmal sains mengikut arahan pengetua
  14. Mengambil tindakan sewajarnya serta melapor dengan segera sebarang kehilangan,  kerosakan dan  kebocoran kepada guru sains, Ketua Panitia, Ketua Bidang Sains dan Matematik atau Pengetua. 
  15. Membantu mengendalikan sistem maklumat makmal sains seperti mengemaskini stok dan sebagainya.
  16. Mencuci peralatan sains yang kotor.
  17. Membantu membuat pesanan untuk pembelian dan menerima bahan-bahan serta radas daripada pihak pembekal. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa.

TUGAS SEMASA CUTI SEKOLAH       
  1. Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik dan guru sains mengemas kini rekod stok. 
  2. Menyediakan reagen kimia, larutan penunjuk dan sebagainya seperti yang diperlukan untuk kerja amali.
  3. Menokoktambahkan kandungan botol reagen dengan larutan kimia yang berkenaan dan mengganti label pada botol reagen jika perlu.
  4. Mengubah suai dan membuat inovasi daripada bahan terpakai supaya boleh digunakan di makmal sains
  5. Menghasilkan air suling.
  6. Membantu membaik pulih kerosakan kecil peralatan sains. Mengecas dan discas akumulator.
  7. Menyelenggarakan mikroskop, kanta, neraca, slaid, carta, model, alat timbang dan sebagainya.
  8. Menyusun peralatan dan bahan sains dengan selamat dan bersistem.
  9. Menyemak dan memastikan bahan beracun dan bahan berbahaya disimpan mengikut peraturan yang   ditetapkan       
  10. Memeriksa dan memastikan kit pertolongan cemas serta alat mencegah kebakaran sentiasa lengkap, berfungsi dan tidak luput tarikh.
  11. Mengecat permukaan meja makmal sains dan peralatan sains jika perlu.
  12. Menyemak dan melaporkan bahan-bahan sains yang telah luput tarikh kepada guru sains  untuk tindakan seterusnya.
  13. Mengemaskinikan butir-butir dalam kad stok berdasarkan rekod invois bagi peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi yang baru diterima.
  14. Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik dalam kerja hapus kira dan pelupusan.
  15. Menyelia dan membantu kerja membaik pulih perabot makmal sains.
  16. Memastikan bahawa semua peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi disusun dengan teratur.
  17. Memeriksa, menyelenggara kemudahan makmal termasuk perabot, bekalan elektrik, dan gas. Jika berlaku sebarang kerosakan atau kebakaran, laporkan perkara ini dengan segera kepada pihak sekolah.
  18. Menyemak semula dan memastikan bahan yang beracun serta berbahaya disimpan mengikut peraturan yang ditetapkan.
  19. Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik membuat anggaran belanjawan.

TUGAS-TUGAS LAIN
  1. Menyediakan senarai barang yang diperlukan oleh guru sains dan meminta sebut harga dari syarikat-syarikat yang tertentu pada awal tahun (sebelum penggal persekolahan).
  2. Membantu menulis pesanan dalam borang pesanan. Semua pesanan mestilah dibuat melalui Pengetua /   Ketua Bidang Sains dan Matematik / Ketua Panitia.
  3. Memeriksa alat-alat dan bahan-bahan pesanan supaya semua berkeadaan baik dan mengikut kehendak guru sains sebaik sahaja diterima daripada pembekal.
  4. Menyimpan baucer pesanan dalam fail khas.
  5. Menyediakan carta-carta, model, slaid mikroskop, CD dan alat bantu mengajar lain yang diperlukan untuk pengajaran Sains      
  6. Membantu mengurus buku stok / inventori.
  7. Menerima dan menyemak radas dan bahan kimia yang baru dibeli serta memasukkan ke stor dan mencatat dalam buku stok utama dan kad stok.
  8. Menyenaraikan radas dan bahan utama yang kurang dalam borang pesanan.
  9. Memasang klip buaya pada dawai.
  10. Menyediakan radas dan bahan kimia untuk pameran sains, kem sains dan sebagainya
  11. Menajamkan alat-alat  pemotong.
  12. Merekod  radas rosak atau pecah semasa amali.
  13. Mencuci kit sejuk, akuarium dan tempat-tempat pemeliharaan binatang jika ada
  14. Membantu melakukan pembelian runcit bahan untuk amali.
  15. Membantu mengadakan kursus dalaman kepada kakitangan baru.
  16. Membuat catatan dalam buku kerosakan  atau pecah, kemalangan, pinjaman dan lain-lain yang berkaitan.
  17. Berada dalam bilik makmal atau bilik persediaan supaya dapat dihubungi oleh guru sains apabila pertolongan diperlukan.